Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?

 

Sebagai parti yang sangat sombong dan angkuh, selain sentiasa merasa diri tiada dosa, apakah pendiran PAS apabila sekutu nya Parti Bersatu telah dilanda skandal rasuah?

Apakah Haji Hadi akan terjumpa dalil baru untuk terus bersama peminta rasuah?



Kita yakin Haji Hadi pasti akan ada dalil tersendiri untuk apa sahaja situasi.

PAS yang pernah menyatakan tidak suka bersama Parti yang kuat rasuah yang dimaksudkan nya UMNO, kini sangat sangat ditunggu ‘fatwa’ terbaru nya apabila akan terus bersama Parti Bersatu atas sebab manfaat keduniaan sangat besar.

Umat Islam akan sentiasa terkeliru dengan PAS apabila ada sahaja fatwa untuk melepaskan diri.



Apabila PAS buat kenyataan , umat Islam sering tidak dapat bezakan sama ada kenyataan Politik atau kenyataan agama.

Kini , PRN semakin hampir.

Apakah PAS akan terus bersama Parti Bersatu yang sudah tercemar imej dengan tertangkap nya ramai pemimpin dan ahli nya dalam skandal Jana Wibawa.

Korupsi berskala besar melibatkan berbilion Ringgit untuk diagih agihkan komisyen kepada akaun Bersatu menjadi halal dan menjadi dana politik kepada Bersatu.



Ketika Bersatu menjadi kerajaan mereka mengenakan dakwaan terhadap UMNO kerana menerima dana politik dan anggap nya rasuah.

Kini, situasi bertukar , Parti Bersatu pula didalam kedudukan yang mereka anaya UMNO Ketika menjadi kerajaan.

Kifarah ini sangat tidak dapat diterima oleh pemmpin Bersatu terutama nya Muhyiddin Yassin.



Namun, focus kita ada lah kepada kedudukan PAS apabila hadapi PRN nanti.

Menarik untuk lihat bagaimana PAS akan posisi pendiran mereka kerana khazanah fatwa nya amat banyak.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading