Animasi Mechamato Dari Malaysia Menjadi Buah Mulut Penonton Jepun

Tahniah!

"<yoastmark

Animasi Mechamato Dari Malaysia Menjadi Buah Mulut Penonton Jepun

Siri animasi Mechamato yang ditayangkan di Netflix sejak 1 Oktober lalu meraih perhatian bukan sahaja penonton tempatan, malah turut ditonton ramai dari Jepun.

Mendapat Perhatian Penonton Jepun

"<yoastmark

Di laman media sosial antarabangsa ‘Twitter’, para peminat negara matahari terbit itu tidak berputus memuat naik komen-komen yang rata-ratanya memuji dan memberikan reaksi serta pandangan positif dengan menggunakan tanda palang #メカアマト

Bercirikan Elemen Nusantara

Menurut Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Aabidin dia menyatakan siri animasi ini yang bercirikan elemen-elemen nusantara dan global telah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

Tambahnya, sebelum ini kita semua disajikan  dengan animasi-animasi dari negara Jepun yang dialihkan ke Bahasa Melayu, kini tiba pula giliran animasi dari Malaysia yang dialih ke bahasa luar.

Mempromosikan Malaysia

"<yoastmark

Menerusi animasi tempatan seperti Mechamato ini, sudah pasti ianya dapat mempromosikan kepelbagaian budaya, makanan lokal serta tradisi-tradisi Malaysia ke serata dunia.

Siri penuh Mechamato musim 1 kini boleh di tonton di Netflix dalam 6 jenis bahasa berbeza seperti bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thai. Turut tersedia adalah 7 jenis sarikata berbeza seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.

Siri ini turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV9 Malaysia, bermula 3 Oktober 2022 pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 6 petang!

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Animasi Mechamato Dari Malaysia Menjadi Buah Mulut Penonton Jepun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker