Leipzig bangkit ikat Man City

LEIPZIG: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berseloroh dengan mengatakan dia akan menurunkan sembilan penyerang untuk menyingkirkan RB Leipzig dalam aksi timbal balik 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Manchester.

City diikat 1-1 oleh kelab Jerman itu apabila jaringan pembukaan Riyad Mahrez diimbangi tandukan pemain tuan rumah, Josko Gvardiol.

“Saya tidak mahu datang ke sini dan tewas 4-3. Ia perlu lebih terbuka di Manchester.

“Kami tidak cukup lengkap untuk bersaing dengan mereka, mereka lebih bagus dan lebih pantas, kecuali Kyle (Walker) dan Erling (Haaland).



“Mungkin pada aksi timbal balik saya akan menurunkan sembilan penyerang. Tetapi saya pernah melatih di negara ini dan saya mengkaji Leipzig, saya memerlukan kawalan sebegini,” kata Guardiola yang pernah bersama Bayern Munich di Bundesliga.

Sementara itu pengendali Leipzig, Marco Rose mendedahkan, kata-katanya ketika rehat di bilik persalinan mendorong pemain-pemainnya untuk menghentikan permainan City.

“Saya katakan kepada mereka, ‘apa yang anda lakukan, datang ke perlawanan ini dan bertahan jauh di bawah – itu bukan perancangan asal’,” kata Rose.

City mendahului permainan pada minit ke-27 menerusi Mahrez dan seakan mampu pulang dengan kemenangan selesa di tempat lawan.



Tuan rumah, yang hanya tewas sekali dalam 20 perlawanan terakhir mereka, bangkit di babak kedua dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan

Gvardiol hasil sepakan sudut Marcel Halstenberg.

Rose yakin pada aksi timbal balik di Manchester 14 Mac nanti, pasukannya mampu bangkit.

“Saya lebih rela pergi ke laman City dengan kelebihan 3-0. Kami tidak boleh bermain seperti di babak pertama hari ini,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker