Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

Oleh – Bakhtiar Omar


Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful 'bersih'

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan yang berhasrat meletakkan jawatannya dalam parti, tidak menjadikan dirinya ‘bersih’ dari pendakwaan yang dihadapi.

Biarpun cuba menampilkan satu watak yang sangat bertanggungjawab, ia masih belum cukup untuk menutup ‘mulut’ netizen dari mengulas di media sosial.

Walau BERSATU bersama dengan PAS dalam Perikatan Nasional, pertuduhan terhadap Wan Saiful tidak boleh diletakkan sebagai pendakwaan berpilih. 

Beliau perlu membuktikan apa yang didakwa SPRM adalah salah dalam perbicaraan di Mahkamah, bukannya di media sosial atau melalui kenyataan akhbar.

Beliau juga tidak perlu mengeluarkan ancaman akan mengambil tindakan sekiranya netizen terus menerus memperkatakan apa yang didakwa SPRM terhadapnya.

Segalanya perlu dibuktikan dalam Mahkamah menerusi perbicaraan. 

PATUT LETAK JAWATAN MPT BERSATU DAN AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR

Bagaimanapun, Wan Saiful masih mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli MPT BERSATU. 

Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam. – Wan Saiful Wan Jan – 22/2/2023

Dalam pada itu, Wan Saiful menyifatkan dakwaan yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik bagi menjatuhkan imej beliau dan parti. 

Namun, fakta kes yang dibentangkan SPRM tidak selari dengan dakwaan bermotifkan politik. Beliau menuduh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sebagai dalang di sebalik dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Wan Saiful telah meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Beliau juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Wan Saiful, yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor turut terpalit dengan dakwaan seorang penyokongnya yang mendakwa pihak SPRM cuba menyogok beliau dengan sejumlah wang bagi mengaku menerima arahan dari Muhyiddin Yassin untuk menerima wang rasuah.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki yang mendakwa suruhanjaya itu menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, individu tersebut mendakwa tawaran itu dibuat agar Wan Saiful menukar kenyataan dan mengatakan bahawa telah menerima arahan daripada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima wang rasuah. – SPRM Akan Bertindak – 21/2/2023

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker