Dipercayai dera anak sampai mati, suami isteri direman tujuh hari

30/01/2021 11:47 AM

MELAKA, 30 Jan — Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki positif dadah direman berhubung kes dera ibu hingga maut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker