Sekeluarga selisih maut, sempat keluar kereta terbakar

GEORGETOWN: Sekeluarga melalui detik cemas apabila nyaris terperangkap dalam Perodua Axia yang terbakar selepas terbabas akibat kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga berkenaan diselamatkan dengan bantuan orang awam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Hafiz Hafizal Timaradin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.08 pagi.



“Ketika tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan menyebabkan kereta jenis Perodua Axia itu terbakar. Anggota kemudian melakukan kawalan dan kerja pemadaman api,” katanya sambil menambah kebakaran dikawal 12 minit kemudian.

Pasukan penyelamat katanya, dimaklumkan bahawa mereka yang terperangkap dalam kenderaan itu dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Seramai empat individu yang menaiki kereta itu diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya.

Difahamkan mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami kecederaan.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button