Austria pulangkan semula 64 rangka manusia Orang Asli New Zealand

WELLINGTON, New Zealand – Austria memulangkan semula 64 kerangka Orang Asli New Zealand yang dicuri pada abad ke-19.

Pemangku Ketua Penghantaran Pulang Muzium Negara, Te Arikirangi Mamaku-Ironside, berkata penghantaran pulang itu dilakukan Ahad ini selepas lebih 70 tahun rundingan dilaksanakan antara kedua-dua negara.

Katanya, penghantaran itu membabitkan tengkorak tanpa rahang bawah, tengkorak, rahang longgar dan serpihan maksila diserahkan dalam upacara rasmi di Vienna Selasa lalu, di mana terdapat panel dan pembentangan.

“Panel dan pembentangan ini menunjukkan perjalanan selama berdekad-dekad untuk mengembalikan nenek moyang Māori dan Moriori ini ke Aotearoa (New Zealand),” katanya.

Sebahagian besarnya, kerangka orang Maori dan Moriori dikumpulkan ahli taksidermis Austria dan perompak kubur Andreas Reischek dari 1877 hingga 1889.

Ketua Pengarah dan Pengarah Saintifik, Muzium Sejarah Alam Semula Jadi di Vienna, Katrin Vohland, berkata beliau kagum dengan proses penghantaran pulang itu yang didorong dengan keinginan untuk berdamai.

Katanya, mereka gembira muziumnya dapat menyumbang kepada proses pemulihan.

Reischek bukan satu-satunya orang yang mencuri sisa rangka dan mayat yang berakhir di muzium dan institusi di seluruh dunia.

Lebih 600 kerangka manusia dipulangkan sejak Te Papa mengendalikan program menghantar pulang kerangka manusia daripada pelbagai institusi pada 2003.

Julai lalu, Muzium Sejarah Semula Jadi London memulangkan 111 kerangka Moriori dan dua Māori.

Kurator di Te Papa, Amber Aranui menghabiskan masa bertahun-tahun sebagai penyelidik untuk program penghantaran pulang.

Katanya, proses memulangkan kerangka manusia ke tempat asal mereka adalah sangat menyentuh emosi dan kerja itu tidak akan selesai sehingga mereka dikembalikan kepada keturunan mereka.

Beliau turut menganggarkan lebih 500 kerangka nenek moyang yang masih berada di luar negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker