Klopp memberi amaran kepada pemilik Liverpool

LONDON: Jurgen Klopp memberi amaran kepada pemilik Liverpool bahawa pasukannya yang sedang bergelut mesti mengejar apa yang sedang dilaburkan pencabar mereka dalam fasa perpindahan musim panas.

Skuad kendalian Klopp akan ke Crystal Palace dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok untuk bangkit daripada kekalahan memalukan 5-2 di tangan Real Madrid pada kelompok 16 terahir Liga Juara-Juara di Anfield.

Liverpool kini di kedudukan kelapan EPL dan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara menerusi empat kedudukan teratas liga berdepan ancaman serius.



Selepas hampir menang empat gelaran musim lalu, skuad Reds kini perlu perubahan besar dan Klopp menyedari ada kerja perlu dibuat pada jendela perpindahan seterusnya.

Bagaimanapun pemergian pengarah sukan, Julian Ward musim panas ini dan potensi kalah dalam Liga Juara-Juara mengurangkan pendapatan kelab seterusnya sukar buat Klopp menyamai apa dilakukan kelab seperti Chelsea, Newcastle, Manchester City dan Manchester United dalam memburu pemain baharu.

“Ia tidak membantu (kalah pada LIga Juara-Juara). Wang sentiasa memberikan impak. Sudah tentu ia berpengaruh tetapi ini adalah musim panas kita perlu berada di pasaran, itu pasti,” kata Klopp.

“Saya minta maaf kami tidak boleh jamin tempat ke Liga Juara-Juara pada ketika ini tetapi ia belum berakhir, kami akan terus bertarung, jadi kami tidak perlu bercakap mengenainya walaupun ia tidak mustahil.”



Tambahnya: “Tugas saya ialah memastikan ia jelas 100 peratus apa yang kami perlukan dalam aspek sukan dan selepas itu orang lain bertanggungjawab untuk memberikan kami sumber itu atau apa sahaja. Saya tiada kena mengena dengan itu.

“Kami membina tempat duduk dan pusat latihan dan kelab berada di tempat terbaik tetapi beberapa pihak sudah mula memecut dan anda tidak boleh hanya melihat.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button