Steinbruckner dedah punca tumbang kepada JDT

Johor Bahru: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomeslav Steinbruckner menegaskan kegagalan barisan pemain pasukan itu menterjemahkan taktikal yang dirancang menjadi punca mereka tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, apa yang dirancang untuk menutup ruang bagi mengelak pemain JDT melakukan serangan tidak menjadi biarpun ada ketika mampu menghalang kelicikan Bergson Da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi.

“Kami lebih kerap membuat kesilapan apabila rangkaian serangan JDT menguasai permainan. Mereka menyerang sehingga pemain saya tidak mampu lagi untuk bertahan walaupun aksi perlawanan baru bermula dalam tempoh lima minit permainan.

“Kami tidak bermain seperti apa yang kami mahukan malah hanya ada lima peluang saja untuk menyerang ke kubu JDT, selainnya lebih kepada bertahan.



“Masalah paling ketara dalam pasukan TFC apabila pemain tengah tidak berfungsi dengan baik dan ketiadaan pemain berpengalaman iaitu Habib (Haroon) dan juga tanpa Liridon (Krasniqi), barisan tengah bagaikan hilang tempo permainan yang jelas dikuasai sepenuhnya oleh pemain JDT,” katanya.

Malah agak mengecewakan apabila Sonny Norde, Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn tidak beraksi dengan baik dalam permainan sehingga tidak mampu beri tekanan terhadap benteng JDT.

Pada perlawanan itu, Juan Muniz mencipta gol seawal minit kelima perlawanan sebelum Bergson menjaringkan gol pada minit ke-57 untuk melengkap kemenangan skuad Harimau Selatan sekali gus menjulang piala sumbangsih buat kali keenam berturut-turut.

Steinbruckner menegaskan tindakan mengeluarkan Adisak pada babak pertama selepas pemain itu langsung tidak membantu rakan sepasukan bagi menyekat Aiman Arif dan Juan Muniz yang mudah menyusun strategi dan menguasai bola.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker