Tiga terbunuh, lebih 20 cedera gempa bumi di Haiti

Tiga terbunuh, lebih 20 cedera gempa bumi di Haiti

Tiga terbunuh, lebih 20 cedera gempa bumi di Haiti

PORT-AU-PRINCE, Haiti: Satu gempa bumi menggegarkan bahagian barat Haiti hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan mencederakan lebih 20 individu, kata agensi perlindungan awam.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa bumi berukuran 4.9 magnitud itu berlaku di kawasan terpencil di Grand ‘Anse kira-kira 300 kilometer (km) dari barat Port-au-Prince pada kedalaman yang agak cetek, iaitu 10 km.

“Setakat ini sebanyak tiga kematian direkodkan. Mereka daripada keluarga yang sama dan terbunuh apabila rumah mereka runtuh,” kata Ketua Perlindungan Awam di Grand’Anse, Christine Monquele, kepada AFP hari ini.



Pejabat Monquele turut merekodkan jumlah mangsa yang cedera, iaitu seramai 28 orang.

Monquele turut memberitahu, pencarian membabitkan mangsa yang mungkin terkorban sedang giat dijalankan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa

Ia melanda sejurus selepas jam 5 pagi (0900 GMT), tidak jauh dari pantai semenanjung barat daya negara Caribbean yang kerap dilanda gempa bumi dahsyat.

Pada 2010, gempa bumi bermagnitud 7.0 mengorbankan lebih 200,000 orang negara ini, menjadikan ibu kota Port-au-Prince lumpuh dengan 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.



– AFP

Tiga terbunuh, lebih 20 cedera gempa bumi di Haiti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker