Ngeri! Wanita Cederakan Alat Sulit ‘Skandal’ Guna Keris

Seorang wanita berusia 28 tahun dari daerah Tapanuli Selatan, Sumatera Utara, bertindak ‘ganas’ apabila mencederakan alat sulit kenalan lelakinya dengan senjata tajam iaitu keris.

Main kayu tiga

Menerusi laporan Kompas, wanita tersebut berjaya diberkas oleh pihak polis. Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa adalah individu yang ‘main kayu tiga’ walau masing-masing sudah mempunyai pasangan.

Suspek dipercayai mencederakan mangsa kerana lelaki itu mengajaknya untuk melakukan hubungan seks. Wanita itu menolak permintaan lelaki tersebut dan menyebabkan kenalannya itu mengancam untuk menyebarkan video mereka melakukan perbuatan tidak senonoh.

Menurut Ketua Polis Sibolga, Taryono Raharja, kejadian berlaku di sebuah hotel pada hari Sabtu lalu. Sejurus menerima aduan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mangsa terbaring di atas tilam dan dalam keadaan berlumuran darah.

Kami dapati ada seorang lelaki yang cedera pada alat sulitnya.

Ujar Taryono, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mitra Medika untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kedua-duanya ada pasangan masing-masing.

Sumber: Kompas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker