40,710 mangsa banjir di 6 negeri

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 40,710 mangsa dilaporkan berada di 288 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi berbanding seramai 36,191 petang semalam.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Johor, seramai 37,098 mangsa membabitkan 10,625 keluarga ditempatkan di 253 PPS.

Di Pahang, seramai 2,361 mangsa membabitkan 719 keluarga ditempatkan di 22 PPS.

Di Melaka, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 375 mangsa daripada 95 keluarga

Di Negeri Sembilan, lima PPS dibuka dan menempatkan seramai 780 mangsa membabitkan 213 keluarga.

Di Sarawak terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 14 mangsa membabitkan lima keluarga.

Di Selangor juga terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan seramai 82 mangsa membabitkan 17 keluarga.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker