Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

Untuk membuat Nasi Jagung Istimewa Lockdown bahan-bahan berikut diperlukan. Mesti anak anak seronok dapat merasai kelainan rasa nasi.

Bahan-bahan

  • Beras Basmathi
  • Jagung sejuk beku (lebih sedap jika ada yang segar)
  • Minyak masak (Mazola)
  • Krim Jagung Dalam Tin
  • Butter
  • Daun pandan
  • Rempah penumis 4 beradik
  • Susu cair
  • Yogurt (tanpa perisa)
  • Kismis (goreng dahulu)
  • Bawang merah (kisar)
  • Bawang putih (kisar)

Cara memasak

  • Basuh beras dan rendam selama 1/2 jam kemudian tos
  • Panaskan minyak & butter
  • Tumiskan rempah 4 beradik hingga terbit bau
  • Masukkan bawang merah & putih kisar
  • Masak sehingga bawang sedikit garing
  • Masukkan air (kadar 1beras : 1 air)
  • Tuang yogurt
  • Letakkan daun pandan
  • Jagung sejuk beku & krim jagung
  • Masukkan beras
  • Garam secukup rasa
  • Tuang susu cair 1/2 tin
  • Tunggu sehingga air nasi kering
  • Masuk 1/2 tin susu cair
  • Kacau nasi perlahan-lahan
  • Biar sampai kering
  • Selepas nasi kering masukkan kismis

Sudah siap untuk dihidangkan kepada keluarga. Sangat sesuai dihidangkan dengan masak merah.



Selamat mencuba!

Resepi Nasi Jagung Istimewa Lockdown

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button