Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.
‘Waste of public money and time’ kata seorang netizen.
Mungkin benar katanya.
Ketika kes diwujudkan ada lah Ketika Pakatan Harapan pimpinan Mahathir ghairah untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai tuduhan kerana mahukan “wow factor” untuk menunjukan konon nya Najib Razak ini sangat teruk orang nya.
Juga kerana kurang yakin pada kes kes lain yang diciptakan.
Maka, objektif jika tidak sangkut pada kes lain , maka sekurang kurang nya ada kes ‘back up’ untuk dikenakan seperti kes “audit tempering” ini.
Kes kes lain pula di iringi dengan ‘set set’ hakim pilihan dan pendakwa pilihan supaya tetap dapat mengawal keputusan sambil dinafikan pelbagai permintaan peguam bela supaya kes tidak lari dari skrip asal.
Jika pembaca dapat lihat pada kes mahkamah tinggi dimana Najib dijatuhkan hukuman penjara serta merta , ia seolah olah tergesa gesa.
Paling memeranjatkan adalah kertas keputusan bersalah sudah pun bocor dan tersebar beberapa hari sebelum itu.
Bermakna , hari hari selebih dari kertas bocor ada lah mahkamah bersidang membuang masa jika sudah besalah diketahui awal beberapa hari sebelum itu.
Ini semua kerja kerajaan pimpinan PH 1.0
Sama juga pada kes Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi , dimana keutamaan diberi pada jumlah dakwaan untuk mengaburi rakyat.
Transaksi di jadikan kes maka terlihat lah banyak jumlah nya.
Kini , Hakim Nazlan juga tersepit kerana ada kes contoh, jika ada 11 transaksi masuk akaun Nazlan , maka 11 kes menunggu.
Itu belum kes Zeti Aziz lagi dimana dari ratusan juta, wang dipulangkan hanya RM65 juta kepada SPRM.
Berapa puluh kes agak nya bakal keluarga Zeti hadapi?
Maka ambil contoh Zahid kena maka berapa ratus transaksi sepatut Zeti Aziz dan keluarga kena dan berapa ratus juta denda seperti Najib Razak kena.
Ini semua pulang seperti “Boomerang” kepada konspirator.
Akhir nya tungkus lumus cuba halang kes Nazlan dan Zeti dibuka kerana kes contoh (precedent) terhadap Najib dan Zahid sudah ada.
Bukan itu sahaja , kerajaan juga harus dirampas atau ditukar demi untuk kes tidak dibuka.
Kembali kepada kes pindaan audit yang Najib dan Arul Kanda dibebaskan , ia menjadi kemenangan moral.
Namun, pihak konspirator tentu tidak hirau kerana rakyat tidak tahu siapa mereka , tambah lagi Najib sudah dipenjara 12 tahun.
Malaysia sudah jauh rosak,.
Rakyat percaya Ada puak ambil kesempatan guna institusi kehakiman untuk mengenakan musuh politik.
Sesuatu harua dilakukan, keadaan sudah parah sehingga Hakim ada kes rasuah juga cuba dihalang dari didakwa kerana mendakwa hakim itu boleh meruntuhkan kes Najib Razak dan boleh bebas kan nya.
Kemana hala tuju negara , jika seorang Bekas Gabenor dan hakim pun sistem gagal mendakwa?