Lelaki Warga Emas Ditemui Mati, Selepas Melakukan Hubungan Seks

Penemuan seorang mayat lelaki warga emas di kawasan ladang kelapa sawit menjadi satu tanda tanya bagi penduduk tempatan dan kematiannya didakwa berpunca kerana sesak nafas ketika melakukan hubungan seksual bersama seorang wanita.

Berjanji untuk melunaskan hutang

Pihak berkuasa mengesyaki seorang wanita berusia 26 tahun telah menjalinkan hubungan intim bersama mangsa yang berusia 61 tahun itu kerana lelaki tersebut telah berjanji untuk melunaskan hutang wanita itu serta akan memberi wang jika dia bersetuju untuk melakukan seks.

Setelah wanita tersebut bersetuju, mereka kemudian bertemu di ladang kelapa sawit. Namun, semasa melakukan seks, lelaki tersebut didakwa mengalami sesak nafas dan tubuhnya kejang lalu jatuh di atas badan wanita itu.

Menurut Asisten Komisioner Polis Raja Napitupulu, kejadian yang berlaku di Rokan Hulu, Sumatera, Indonesia ini diketahui selepas mayat mangsa ditemui pada Rabu lalu.

Disebabkan badan mangsa besar dan berat, wanita tersebut menolak lehernya sehingga menghalang saluran penafasan mangsa dan jatuh ke tanah sebelum meninggalkan mangsa yang telah kaku.

Wanita berkenaan yang juga suspek kes ini telah mengambil telefon bimbit mangsa dan memadam semua bukti perbualan mereka. Dia juga menceritakan hal tersebut kepada abang dan teman wanitanya. Mereka kemudian berniat untuk menghilangkan barang bukti dan bertindak mencuri motosikal milik mangsa.

Susulan itu, pihak polis telah menahan ketiga-tiga suspek dan mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Merdeka.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker