Wanita bersalah lakukan seks dengan budak tidak dipenjara

Washington: Wanita Amerika Syarikat yang mengaku melakukan hubungan seksual dengan remaja lelaki berusia 13 tahun, tidak akan dipenjarakan.

Andrea Serrano, 31, dari Colorado didakwa Polis Fountain dengan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak tahun lalu.

Dia menghadapi pertuduhan serangan seksual selepas penahanannya pada 2022.



Bagaimanapun, peguamnya membuat pengakuan dengan pendakwa raya yang memaksanya mendaftar sebagai pesalah seks tetapi menghalangnya daripada dipenjara.

Serrano menerima perjanjian itu, seperti yang dilaporkan.

Wanita itu juga hamil dan melahirkan bayi remaja lelaki itu selepas penahanannya tahun lalu.

Bagaimanapun, Ibu mangsa, tidak berpuas hati dengan perjanjian itu.



“Saya rasa seperti anak saya ‘dirompak’ dari zaman kanak-kanaknya.

“Sekarang dia terpaksa menjadi bapa.

“Dia mangsa dan terpaksa lalui ini semua sepanjang hayatnya,” katanya kepada KKTV.

Ibu itu juga berkata, jika jantina pesalah diterbalikkan dalam kes itu, tertuduh akan menghadapi hukuman yang lebih berat.



“Saya rasa jika dia seorang lelaki dan dia seorang anak perempuan kecil, ia pasti berbeza,” katanya.

Memandangkan sumbang mahram ialah jenayah kelas empat di negeri Colorado, ia dijatuhkan kepada pertuduhan yang lebih ringan dalam kes ini.

Bagaimanapun, menurut laporan, Serrano boleh dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara seumur hidup berdasarkan ‘percubaan pengawasan intensif pesalah seks’ oleh hakim.

Perbicaraan akan disambung pada Mei.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button