Ismail Sabri ambil alih peranan Anuar Musa pula?
Semenjak kebelakangan ini Datuk Seri Ismail Sabri sangat lantang dan rajin memberi kenyataan.
Kenyataan pula pasti sekali sama ada menyerang parti sendiri jika tidak pun menyerang Presiden UMNO.
Ini jelas seperti mengambil alih peranan Anuar Musa sebelum ini.
Seolah olah pihak “Broker” perlukan seorang jurucakap dari dalam UMNO untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Anuar Musa.
Jika sudah bukan ahli UMNO sangat mudah ditempelak dan dinyahkan kenyataan, maka, puak Broker dan “tuan” mereka memerlukan seorang jurucakap mengisi kekosongan.
Maka, sebagai ahli UMNO mudah lah DSIS membuat kerja menggantikan TSAM.
Ini perlu kerana “tuan” diluar perlukan seorang jurucakap dari dalam UMNO.
Jika diperhatikan , DSIS sangat berani dan lantang mungkin kerana “boss” diluar sangat berpengaruh lebih dari Presiden UMNO maka DSIS perlu tunjuk kan diri nya sangat efektif membuat kerja kerja ini.
Terbaru, DSIS membuat cabaran berkenaan surat RoS kepada UMNO.
Ini untuk memberi prasangka buruk terhadap parti.
Anuar Musa sudah tidak lantang semenjak kes menjual Menara KL muncul.
Pada hal kelantangan DSIS kita faham siapa yang dia perlu akur.
Pembantu nya juga dilaporkan sudah lari keluar negara.
Tambah lagi jika jawatan Presiden tidak dibuka untuk dicabar , bagaimana DSIS hendak bertanding?
Bala menerima jawatan Perdana Menteri dari Presiden pihak lawan membuat kan DSIS tiada setara untuk pertahan jawatan Nain Presiden UMNO.
Sekurang kurang mesti jawatan Presiden sebab pernah mendapat jawatan Perdana Menteri dari tangan musuh UMNO atas perjanjian sulit.
Maka, ‘lesser post” dari Presiden akan menjatuhkan taraf mantan Perdana Menteri itu kita faham sebagai masalah DSIS.
Itu sebab DSIS mahukan gangguan RoS terhadap keputusan UMNO.
Maka, ternyata lah bahawa kelantangan membidas Presiden UMNO dan membuat kenyataan berlawanan seperti peranan Anuar Musa Sebelum ini kini diambil alih oleh Ismail Sabri