Keane gesa pemain Man United ‘menyorok’

LIVERPOOL: Roy Keane menyelar Manchester United selepas kekalahan 7-0 yang memalukan di tangan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

The Reds meledak enam gol di babak kedua untuk membelasah skuad kendalian Erik ten Hag yang hanya tewas sekali dalam 22 perlawanan sebelum ini.

Bekas pemain United yang kini menjadi pengulas sukan itu berkata, pemain-pemain tidak mempunyai semangat juang dan patut merasa malu.

“Ia hari yang sangat teruk, amat mengejutkan. Permainan sudah berakhir di awal babak kedua.

“Pemain-pemain senior amat memalukan. Mereka tidak menunjukkan kemahiran sebagai pemimpin. Mengejutkan. Hari yang sukar buat United.

“Mujurlah saya bukan sebahagian daripada pasukan yang dibelasah sebegitu teruk ketika di United.

“Pemain-pemain sepatut berasa malu. Ketika cabaran semakin sukar, mereka terus hilang. Mereka tidak menunjukkan maruah, atau semangat juang.

“Pemain-pemain bintang, yang kami bentuk, semuanya mengecewakan. Jika dibelasah enam atau tujuh, anda patut menyorok beberapa hari.

“Babak kedua amat memalukan dan kucar-kacir. Ia berpunca daripada kapten Bruno Fernandes.

“Ia bukan persembahan atau semangat yang biasa mereka pamerkan. Ten Hag akan menanganinya seperti yang dilakukan dalam situasi sukar sebelum ini,” kata Neville.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button