“Misi saya untuk hebatkan Wanita” – Rosni Zahari
Oleh – Editor
Nama Datuk Rosni Zahari bukan nama asing di kalangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Beliau yang lebih mesra disapa sebagai ‘Kak Yuz’ akan bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua Wanita pada pemilihan Umno 2023.
“Misi saya ialah untuk hebatkan wanita”, itu komen Rosni apabila ditanya mengapa memilih Naib Ketua Wanita Umno untuk ditandingi kali ini.
Bermula dari 1999, Rosni berada dalam senarai Exco Wanita Umno dan telah berada di bawah 4 Ketua Wanita Umno yang berbeza.
Beliau yang mengimpikan membawa satu perubahan besar dalam Wanita, Rosni mahu keseluruhan Wanita di masa depan celik kepada peredaran zaman terutama membabitkan bidang IT dan ekonomi.
Beliau turut menyentuh persoalan mengenai kelesuan Wanita terutama JR Wanita sepanjang 2018 sehingga dianggap tidak lagi ‘bertaring’.
Ikuti temubual beliau bersama MyTvOnline