“Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin

Oleh – Editor


"Kembalilah sebagai pasukan UMNO" - Khaled Nordin

Penyandang jawatan Naib Presiden Umno, Dato Seri Khaled Nordin berharap agar selepas 18 Mac ini, Umno kembali bersama sebagai satu pasukan yang kuat.



“saya berharap 18 haribulan ini adalah satu persimpangan buat parti kita, adakah akan terus kukuh sebagai sebuah parti atau sebaliknya”

Ditanya mengapa mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno, Khaled menyatakan dalam keadaan Umno hanya menang 26 kerusi pada PRU15, beliau perlu bersama kepimpinan Umno untuk merawat dan memulihkan Umno.

Beliau masih mahu menyumbang kepada parti untuk bangkit kembali pada masa hadapan dan ini asas mengapa beliau bertanding selain mahu melihat kesepaduan kembali dalam Umno.



Menyentuh soal rejunivasi parti, Khaled memberitahu proses rejunivasi tidak semestinya menukar keseluruhan kepimpinan kepada kepimpinan baru sebaliknya gabungan antara lama dan baru perlu diwujudkan bagi memastikan parti lebih mantap.

Ikuti temubual eksklusif MyTvOnline bersama Dato’ Seri Khaled Nordin yang ditemui di Ipoh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button