Gigit Kemaluan Wanita Ketika Melakukan Hubungan Intim

Anak Bilionair Disaman

Anak bilionair Thailand didakwa menyerang dan menggigit kemaluan seorang wanita semasa melakukan hubungan seks.

Aplikasi temu janji

Menerusi laporan The Thaiger, suspek berdepan dakwaan oleh wanita yang difahamkan berkenalan melalui aplikasi temu janji. Suspek turut memaksa mangsa untuk memindahkan wang ke akaun banknya.

Mangsa, 28, merupakan seorang pekerja pejabat hadir ke Balai Polis Rattanathibet di Nonthaburi dengan banyak kesan lebam di badannya untuk membuat laporan terhadap lelaki berketerunan India-Amerika, Khittiphot.



Saya mengenali Khittiphot cuma selama lima hari selepas berkenalan di aplikasi temu janji pada 1 Mac lepas.

Dia (suspek) memukul dan menggigit kemaluan saya semasa kami bersetubuh.

Khittipot juga menghina dan menggigit jari, kemaluan dan muka saya.

Suspek ugut saya untuk memindahkan wang beribu-ribu baht ke dalam akaun banknya.



Difahamkan, Khittipot merupakan anak kepada seorang lelaki bilionar perhotelan terkenal di Chiang Mai dan memiliki ibu berketurunan Amerika.

Dimaklumkan, pihak polis menemui mangsa dan suspek bertengkar di luar kondominium selepas menerima panggilan daripada mangsa yang mengadu diserang.

Pihak polis mengusir Khittipot oleh kerana mangsa yang enggan membuat laporan ketika itu.

Susulan daripada itu, mangsa memaklumkan telah diugut oleh Khittipot sejak hari pertama mereka bertemu. Namun, suspek tidak menghiraukan dan yakin bahawa pihak polis tidak berani untuk menyentuhnya.



Sumber: The Thaiger


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading