Mahathir iri hati Anwar dan Najib bantu rakyat.

 Oleh Adam Malik

Tidak menjadi kemusykilan bila Mahathir menegur Anwar apabila didakwa nya banyak memberi kepada rakyat.

Ini ‘typical’ Mahathir.



Ia juga antara sebab Mahathir dibenci oleh rakyat dan setelah berpuluh tahun berpolitik tapi kehilangan deposit kepada semua kerusi yang parti dipimpin oleh Mahathir tandingi.

Sebagai muka tebal dan tidak hormat rakyat , Mahathir iri hti apabila pemimpin lain memberi banyak kepada rakyat.

Ini kerana jika mereka bermurah , maka sifat kedekut Mahathir akan terserlah.

Rakyat akan membuat bandingan dan akan meluat dengan Mahathir.



Ketika era PKP diwaktu Covid, kerajaan umum memberi elaun kepada kakitangan kerajaan yang di iktiraf sebagai “front liner’ tetapi dari kesemua pemimpin , hanya Mahathir sahaja yang bising dan kritik.

Itu menunjuk kan betapa kedekut nya sifat Mahathir.

Jika Mahathr kedekut kerana sayang negara tidak mengapa sebalik nya , dia hanya sayang kroni nya sahaja.



Wang negara sanggup dihabiskan untuk selamatkan kroni kroni nya dengan bailout seperti PERWAJA dan MAS Ketika Tajudin Ramli sudah membaraikan nya.

Itu tidak mengapa , asalkan jangan diberi kepada rakyat.

Baru baru ini Lim Guan Eng juga mendedahkan betapa Mahathir menghalang beberapa kebaikan untuk rakyat yang sudah disetujui oleh Jemaah Menteri kerajaan 22 bulan.

Mahathir hanya suka wang dijadikan projek mega kepada kroni kerana itu jalan mudan alih wang kepada kroni nya tanpa dilihat menyedut wang rakyat.



Ketika Najib Razak memberi kemudahan kepada ribuan Jemaah masjid menghantar mereka mengerjakan Haji , Mahathir antara yang bising mengkritik dan menggelar kan ia Haji haram.

Sama juga Ketika Najib memberi BR1M kepada Tujuh juta rakyat susah , Mahathir menyatakan ia semua rasuah kepada rakyat.

Ini lah contoh jiwa sakit Mahathir.

Dia mengeluarkan kenyataan jangan iri hati kepada orang kaya tetapi dia sendiri iri hati kepada orang susah mendapat bantuan kerajaan.



Selain itu Mahathir pergunakan parti PUTRA untuk menyatakan dia hendak juang untuk agenda Melayu.

Ini semua “bullshit” dari Mahathir yang hanya politikus setara Ibrahim Ali sahaja yang mahu melayan.

Jika memberi sesuatu kepada rakyat pun dianggap rasuah dan memanjakan rakyat, Mahathir hendak beri apa kepada orang Melayu?

Mahathir sepatut tumpu kepada rasuah bekas Gabenor Zeti Aziz , rasuah hakim Nazlan Ghazali yang dia lantik jatuh hukum kepada Najib dan juga isu Hakim Tengku Maimon halang perasuah dihukum serta perlantikan tidak ikut prosidur JAC.



Selain tu Mahathir harus tumpu kepada RCI Pulau Batu Puteh yang diserah kepada Singapura secara bersendirian.

Biar lah Perdana Menteri Anwar Ibrahim uruskan tugas nya,

Mahathir sudah diberi peluang dua kali jadi Perdana Menteri, sama juga hasil nya, jual Aset negara , jarrah PETRONAS dan cipta berpuluh kes terhadap pemimpin Melayu UMNO dan menambah hutang baru,

Tiada apa apa untuk melayu malah aset dan Tanah melayu diTabung haji dan FELDA yang tergadai.

Dividen di entiti melayu Tabung haji dan ASB juga meleset teruk.

Maka. Perkara paling elok ada lah duduk diam dan jangan menambah kerosakan lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button