KJ cuba jadi ‘Hero Filem Tamil’?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


KJ cuba jadi 'Hero Filem Tamil'?

Bekas calon Parlimen Sg Buloh, Khairy Jamaluddin atau dikenali sebagai KJ cuba menjadi ‘Hero Filem Tamil’ apabila bercakap tentang pengampunan DiRaja untuk Najib Razak.



KJ cuba membayangkan PMX, Anwar Ibrahim mempunyai majoriti yang mencukupi walau tanpa sokongan Umno/BN di Parlimen.

Untuk mengulas mengenai majoriti, KJ sebenarnya tidak faham jalinan kerjasama politik BN dengan Sabah dan Sarawak. Bekas ahli parlimen Rembau itu sepatutnya mengkaji kerjasama BN, Sabah dan Sarawak yang sangat baik sebelum membuka mulut untuk menjadi ‘hero’.

“Tolak BN, masih lagi ada majoriti, masih ada 118 kerusi. Jadi adakah ini masa PMX (PM ke-10) mengatakan bahawa cukuplah…enough is enough?
“Saya tidak mahu jadi tebusan kepada politk Zahid di mana segala-galanya terpaksa dihalalkan, segala-galanya terpaksa diputihkan.
“Jadi saya put my foot down, sebab bagi saya, you do the crime, you serve the time…dan saya cukup tanpa UMNO dan BN,” – Khairy Jamaluddin – 12/4/2023

 

Mungkin untuk KJ, beliau hanya mementingkan dirinya sahaja tetapi perangai itu tidak berlaku dalam BN kerana parti sangat menghargai kerjasama politik yang telah lama terjalin.



KJ juga sepatutnya sedar beliau tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai UMNO/BN selepas dipecat dari parti dan beliau juga tidak mewakili mana-mana parlimen ketika ini.

Sebagai seorang yang KALAH, sebaiknya KJ fokus terhadap kelemahan beliau yang kononnya mempunyai daya tarikan kepada anak muda tetapi hakikat sebenarnya hanya mahukan ‘glamour’.

Mengapa beliau tidak mahu Najib menerima pengampunan DiRaja sekiranya YDP Agong dinasihatkan oleh PMX untuk berbuat demikian?

Adakah KJ antara ‘broker’ yang mahu merosakkan Umno selama ini?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading