PBS tolak kerjasama dengan WARISAN

KOTA KINABALU: Penolakan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membentuk kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diterima dengan hati terbuka.

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memilih untuk terus bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita nyatakan hasrat kita. Kalau itu kehendak mereka, itu terpulang kepada mereka dan kita tidak boleh paksa. Saya cuma nyatakannya kerana kita ingin bergabung dengan parti tempatan.

“Kalau kita lihat, kita tahu bahawa antara komponen (parti tempatan) yang kita boleh bekerjasama yang saya lihat dari dulu adalah parti seperti PBS dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), seperti yang dilakukan parti politik di Sarawak.



“Seperti GRS, walaupun namanya Gabungan Rakyat Sabah tapi ia ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Parti BERSATU itu dari Kuala Lumpur.

“Di Sarawak, semuanya adalah parti tempatan. Tidak ada langsung pun parti yang berdaftar daripada Semenanjung yang menjadi gabungan mereka,” katanya di sini, semalam.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker