Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan
Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menculik dan melarikan seorang lelaki ke Golok, Thailand tahun lalu.
Mr Mayuni Hayeebuding, 48, yang juga warga Thailand dan isterinya, Nor Haznie Che Aziz, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Nor Haznie dalam rayuannya memohon hukuman penjara dikurangkan atas alasan menanggung enam anak selain pendapatan suaminya sebagai buruh yang tidak menentu.
Sementara itu, Syazalia memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kepentingan mangsa selain memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.
Hukuman penjara 20 bulan itu bermula dari tarikh pasangan itu ditangkap pada 17 Januari 2023. – BERNAMA
Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :