‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?

'Sukarelawan' PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK

‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?

 

Kumpulan Henti Tindas Cikgu PASTI membangkitkan dakwaan terdapatnya arahan daripada pihak pengurusan supaya sukarelawan PASTI berbohong semasa lawatan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menerusi platform X, gerakan tersebut sangat bersetuju dengan saranan pakar berhubung garis panduan jelas mengenai pekerja sukarela.



“Sangat setuju dengan saranan ini.”

“Benda yang boleh bawa manfaat kepada cikgu, kenapa nak tolakkan?”

“Tapi betul ke sukarelawan?”

“Dengar kata ada arahan dari pengurusan suruh cikgu PASTI berbohong kepada pegawai JTK yang datang melawat?,” tanya kumpulan pendesak itu.



Cikgu PASTI selama ini dinafikan hak mereka sebagai pekerja.

Mereka dibayar gaji rendah daripada kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022.

Malah mereka juga tidak dicarum KWSP dan Perkeso, memetik memo daripada JTK Semenanjung Malaysia yang tersebar di media sosial.

Memo JTK itu mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap PASTI.



Turut diarah untuk disiasat adalah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI.

Kesemua tadika dan sekolah milik PAS itu didakwa membayar gaji rendah kepada kakitangan di bawah daripada kadar gaji minimum iaitu RM1,500.

Susulan itu, rata-rata pakar menegaskan sudah tiba masanya satu garis panduan atau polisi jelas mengenai perkerja sukarela diwujudkan bagi melindungi kumpulan tersebut.

Hal ini memandangkan status yang tidak jelas mengakibatkan pekerja dalam kelompok itu tidak dilindungi dengan sewajarnya sebagai pekerja.



Penulis tidak terkejut sekiranya benar dakwaan cikgu PASTI diarahkan berbohong ketika lawatan JTK tempuh hari.

Bukankah Presiden PAS, Hadi Awang sendiri pernah mengeluarkan fatwa bahawa hukum berbohong itu wajib demi jaga maslahat?

 

‘Sukarelawan’ PASTI Di Suruh Berbohong Ketika Lawatan JTK?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button