Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah

Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah

Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah

 

Rupa-rupanya ahli parlimen Tasek Gelugor, Wan Saifu Wan Jan, yang meminta habuan dan bukannya ditawarkan habuan.

Pendedahan tersebut dibuat oleh ahli parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi, dalam satu sidang media yang diadakan.



Zulkafperi berkata, Wan Saiful telah meminta habuan sebagai syarat untuk beliau menyatakan sokongan kepada perdana menteri.

Beliau mendakwa antara yang turut diminta Wan Saiful ialah peruntukan projek bernilai RM2 juta, kos rawatan kemoterapi isterinya serta pengguguran kes yang sedang dihadapi beliau.

“Kerana syarat yang tidak masuk akal, maka Hasnan dan Azman, tidak mampu melayan kehendak beliau.”

“Maka beliau cuba untuk dapat info dan kepastian dengan mendekati ahli parlimen Gua Musang dan juga saya sendiri.”



“Kononnya bertanyakan tentang ubat menahan selera makan bagi menguruskan badan dengan suntikan seminggu sekali.”

“Beliau kemudian telah sahkan untuk buat pesanan dua botol ubat tersebut, itu pun sebenarnya agak aneh.”

“Dalam keadaan isterinya sedang hidap kanser dan ditambah pula dengan kos rawatan ubat yang mahal, kenapa beliau sibuk pula nak kuruskan badan dengan ubat yang mahal.”

“Apakah ada muslihat yang tersembunyi?”



“Wan Saiful memberitahu telah bersedia lebih awal untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim berbanding beliau.”

“Wan Saiful dilihat dalam keadaan sangat tertekan.”

“Dan memerlukan seseorang yang boleh mengesahkan bahawa kes yang dihadapinya boleh digugurkan, jika sokongan diberikan.”

“Jadi saya beritahu, saya bukan individu yang boleh bagi komen atau jaminan untuk kes tersebut dan (minta) rujuk kepada individu berkenaan,” jelas beliau.



Kalau benar apa yang dikatakan Zulkafperi, tidak perlulah lagi Wan Saiful menjaja cerita kononnya beliau menolak tawaran rasuah atas ketegasan prinsip.

Kenyataan yang dibuat oleh Zulkafperi adalah di luar Dewan Rakyat.

Sekiranya Wan Saiful rasa beliau di pihak benar, maka samanlah Zulkafperi.

Bukankah kenyataan media di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi imuniti ahli parlimen.



 

Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button