Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula

Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula

Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula

 

Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Wan Saiful Wan Jan bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pihak pendakwaan akan memanggil 50 saksi untuk memberikan keterangan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.



Ianya berhubung projek Jana Wibawa yang melibatkan Wan Saiful.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub dijadual berlangsung selama 22 hari dari bulan ini hingga Ogos.

Antara saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan ialah kakitangan bank dan kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta ahli politik.

Wan Saiful, didakwa meminta suapan daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road.



Beliau juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd.

Ianya daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek terbabit.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana dan dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku.

Sogokan didakwa dilakukan pada April 2022 dan antara 8 Julai 2022 dan 30 September 2022.



Wan Saiful juga didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta.

Wang tersebut telah dipindahkan dan digunakan antaranya bagi pembelian kereta Ford Ranger, pembayaran kepada MSN.

Ianya juga telah dipindahkan ke beberapa akaun termasuk milik Syarikat Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Beliau didakwa di bawah mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.



 

Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button