Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?

Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat

Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?

 

Peruntukan yang diberikan kepada setiap kawasan parlimen adalah hak rakyat.

Melalui peruntukan yang diterima, ahli parlimen yang menjadi wakil kepada rakyat untuk parlimen tersebut akan menyalurkan semula kepada rakyat dalam pelbagai cara.



Apa yang paling penting, ahli parlimen mesti faham, peruntukan tersebut bukan untuk ahli parlimen, tetapi untuk rakyat di kawasan mereka.

Tatacara bagaimana peruntukan tersebut diagihkan oleh kerajaan, adalah terpulang kepada kerajaan yang memerintah.

Bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan, mereka tidak menghadapi masalah kerana peruntukan diberikan terus kepada mereka.

Tetapi bagi ahli parlimen pembangkang, kerajaan yang memerintah sekarang tidak menyalurkan peruntukan tersebut kepada ahli parlimen.



Ianya disalurkan terus kepada PBT yang ada di kawasan parlimen tersebut.

Jadi sebenarnya, tidak ada isu kerajaan menyekat peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.

Pun begitu, kerajaan yang memerintah sekarang masih lagi membuka ruang kepada ahli parlimen pembangkang untuk berbincang.

Sepatutnya ruang dan peluang yang diberikan, digunakan sebaik-baiknya supaya peruntukan tersebut sampai ke tangan mereka.



Tetapi malangnya, keadaan yang sebaliknya yang berlaku.

Baru sekali berbincang, isu ini diputar belitkan bagi tujuan politik untuk menggambarkan kononnya ahli parlimen pembangkang adalah yang terpaling ditindas kerajaan.

21 Mac lepas, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, mendakwa sudah menerima draf perjanjian antara kerajaan dan pembangkang berkaitan peruntukan tersebut.

Tetapi kesasihan dakwaan Hamzah telah dinafikan oleh TPM II, Fadillah Yusof.



Beliau mengesahkan tidak wujud draf perjanjian sebagaimana yang didakwa Hamzah.

Lebih melucukan bila ahli parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah, mendakwa tawaran yang ada dalam draf tersebut tersebut tidak mencerminkan kematangan politik kerajaan.

Tetapi apabila ditanya, apakah beliau sudah melihat draf tersebut, beliau mengakui belum melihatnya lagi.

Persoalannya kalau belum melihatnya, bagaimana beliau boleh tahu isi kandungan draf tersebut?



Dan kalau drafnya pun tidak ada, draf perjanjian apa yang beliau lihat?

Cukup-cukuplah menipu, sampaikan isu peruntukan kepada rakyat pun hendak dipolitikkan.

 

Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button