Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri

Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri

Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri

 

Sebelum menjadi menteri, formula yang Rafizi keluarkan menarik minat banyak pihak.

Di sebalik formula tersebut, diselitkan janji-janji manis yang diberikan yang kononnya akan membuatkan rakyat hidup senang.

Tetapi sebagaimana biasanya, Rafizi akan katakan, penghalang utama keselesaan rakyat adalah UMNO.

Sebelum jadi menteri, Rafizi kata, kalau Umno menang besar dan subsidi kena tarik jangan cari dia.

UMNO tidak pernah suka subsidi, sebab kalau bagi subsidi kepada rakyat, UMNO tidak akan ada duit untuk buat projek.

Kalau bagi subsidi UMNO muflis, kalau tidak tarik subsidi, projek tidak ada untuk UMNO.

Kalau UMNO menang besar, ingat UMNO akan duduk diam?

Kontraktor yang duduk keliling UMNO akan gatal tangan.

Apa Yang Terjadi Bila UMNO Kalah

 

Ya, UMNO kalah besar, UMNO kalah teruk kerana Zahid dan kerana angkuh.

Kedudukan UMNO berada di bawah PAS dan PPBM.

Berada atas sikit daripada PAN.

Presiden UMNO pun hanya menang tipis di kawasan dia, hanya 348 undi.

Pakatan Harapan pun tidak menang besar dalam PRU15.

DAP hilang 2 kerusi dalam PRU15 berbanding PRU14.

PKR kalah lebih teruk.

PKR hilang 17 kerusi dalam PRU15, daripada 48 kerusi dalam PRU14 kepada hanya 31 kerusi dalam PRU15, dengan peratus pencapaian hanya 29%.

Sekarang PH-BN adalah kerajaan dan kerajaan PH-BN ini sudah menarik banyak subsidi rakyat.

Ayam, diesel, tepung, bil letrik, dan sekarang ada ura-ura akan menarik pula subsidi minyak petrol RON95.

Rafizi kata UMNO tarik subsidi sebab hendak buat projek.

Tetapi sekarang tarik subsidi sebab apa?

Sebab nak projek ke?

Memang nampak projek-projek zaman DS Najib dihidupkan semula, HSR, MRT, ECRL.

Begitu juga dengan projek yang melibatkan Imigresen, JPJ dan sebagainya.

Dalam keadaan hutang negara semakin parah, nilai ringgit pula jatuh teruk, rakyat pula semakin sengsara dipaksa membayar cukai baru, kadar cukai yang lebih tinggi dan saman2 yang semakin kerap dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa, ada pula duit untuk BUAT PROJEK?

 

Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker