Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan

Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan

Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan
Pasangan suami isteri, Mr Mayuni Hayeebuding, 48, yang juga warga Thailand dan isterinya, Nor Haznie Che Aziz, 40, dipenjara 20 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan menculik seorang lelaki dan melarikan mangsa ke Golok, Thailand. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menculik dan melarikan seorang lelaki ke Golok, Thailand tahun lalu.

Mr Mayuni Hayeebuding, 48, yang juga warga Thailand dan isterinya, Nor Haznie Che Aziz, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama tiga yang masih bebas didakwa menculik Muhammad Alamin Ismail, 26, di sebuah kedai makan No 515, Jalan Sabak Bt.6, Kampung Gong Jerat, Pengkalan Chepa di sini kira-kira jam 1 pagi, pada 16 Januari 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.



Sementara itu, Syazalia memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kepentingan mangsa selain memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.



Hukuman penjara 20 bulan itu bermula dari tarikh pasangan itu ditangkap pada 17 Januari 2023. – BERNAMA

Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button