Dakwa ‘ceroboh’ petak punca gaduh di bazar

Dakwa ‘ceroboh’ petak punca gaduh di bazar

Dakwa ‘ceroboh’ petak punca gaduh di bazar
Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

PETALING JAYA: Tujuh individu ditahan susulan perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, berpunca daripada pertengkaran dua peniaga.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu bermula daripada seorang wanita menjual jus tembikai berselisih faham dengan seorang peniaga popia pada Selasa lalu.

Katanya, kekecohan berlaku apabila peniaga lelaki itu memukul wanita terbabit menggunakan sebatang besi kerana mendakwa penjual jus berkenaan masuk ke tapak perniagaannya.



“Mereka kemudian dibawa ke balai polis, sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal,” katanya menurut Harian Metro.Beliau berkata disebabkan masih tidak berpuas hati, anak-anak peniaga lelaki itu menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga menyebabkan rusuhan tercetus pada 5.30 petang semalam.

Susulan itu, katanya, empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat




Dakwa ‘ceroboh’ petak punca gaduh di bazar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button