KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat

Oleh Adam Malik.

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat.

Apa kebaikankah yang boleh diperolehi dari nasihat dan teguran yang datang dari kelompok yang tiada kesetian kepada parti sendiri?



Sudah tentu tiada kebaikan.

Ketika hidup berpersatuan dalam sebuah parti pun tidak reti untuk menghormati keputusan parti dan Presiden, maka elok sangat individu seperti ini tidak dilayan.

Bukan sahaja tidak setia pada parti sendiri dan Presiden sendiri, sebalik nya setia pula pada pihak lawan dan Presiden pihak lawan yang mahu menjatuhkan parti sendiri.

Maka, individu yang tiada nilai disisi syarak ini elok sahaja usah dilayan kerana niatnya srmata mata mahu tarik perhatian dan pancing pihak tertentu untuk menariknya jadi calon mereka pada PRU16.



Dalam siri kerjanya berkaitan isu stokin, KP umno,Dr Akmal sudah pun ditegur dan dikritik oleh dua individu yang boleh dikatakan ada kaitan dengan seorang pemimpin tua.

Sebelum Khairy Jamaluddin , Rafidah Aziz juga sebelum ini ada mengkritik Dr Akmal dalam menangani isu stokin berkalimah.

Yang peliknya, kedua dua mereka tidak menunjukan keberanian untuk menegur pihak yang terkait, tetapi menghala kritikan kepada yang mempertahankan kalimah pula.

Ini menambahkan keraguan kerana Rafidah adalah “staunch supporter” Tun Mahathir dan Khairy pula berada dalam Kluster broker yang bertuankan Tun Mahathir melalui Muhyiddin Yassin.



Berbalik kepada tajuk diatas, nasihat yang datang dari orang beragenda peribadi seperti KJ, pastinya ada motif tersrndiri.

Dapatan awal , ia sekadar mahu promosi diri kepada pihak tertentu bahawa dirinya “compassionate” dan sesuai jadi calon mereka.

Khairy yang berperanan jadi jurucakap pihak Kluster pengkhianat tidak pula muncul pada isu isu tertentu.

Khairy tidak compassionate apabila isu memo pejabat AG bocor bahawa didapati ada dokumen mengesahkan kes babit Presiden dan mantan Presiden sebenarnya tidak ada kes dan kes sedia ada adalah rekaan.



Tiada juga compassionate untuk bersuara apabila kes mantan Gabenor BNM dan suami terus senyap, begitu juga hal berkaitan hakim.

Maka faktor faktor ini antara sebab KP Akmal tidak harus layan pendapat Khairy.

Ahli umno masih ingat apabila parti jadi huruhara apabila pihak musuh perguna badut badut yang bermasalah untuk jadi jurucakap mereka.

Jika Presiden umno beri kenyataan “A” diwaktu pagi, maka petangnya kenyataan Presiden akan dibidas oleh SiKitol bergilir gilir dengan kenyataan “B” jika bukan oleh Annuar Musa, maka Khairy akan laksana tugas itu, jika bukan Khairy, Ismail Sabri akan ambil alih.



Maka umno dipandang rendah dan disisih pengundi atas sebab ini.

Pada kempen PRU15, Khairy ambil pendekatan “jika benci Zahid, undilah saya”.

Inilah rupa sebenar Khairy.

Tidak perlu lagi pihak kami panjang lebar bercerita fakta tentang Khairy.



Apa yang perlu diberitahu, KP Umno Dr Akmal dan seluruh umat Islam tidak perlu layan kenyataan Khairy, kerana dari dulu pun sentiasa “self centred” dan penting diri.

Berlembut berterusan akibatkan kes penghinaan berulangan kerana tiada contoh yang pelaku akan terima hukuman berat yang menjadi contoh untuk ditakuti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button