Peguam bergelar Datuk tipu urusan jualan tanah RM1.4 juta

Peguam bergelar Datuk tipu urusan jualan tanah RM1.4 juta

Peguam bergelar Datuk tipu urusan jualan tanah RM1.4 juta
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang peguam bergelar datuk disiasat seleas didakwa terbabit dengan penipuan dalam satu urusan jualan tanah bernilai RM1.4 juta, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan dilakukan susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 54 tahun pada 16 Mac lalu.

Menurutnya, pada November tahun lalu, pengadu berjumpa suspek dan bersetuju untuk melantik firma guamannya untuk menguruskan penjualan tanah pusaka milik mangsa di Sepang, Selangor.



“Tanah tersebut berjaya dijual dengan harga RM1.4 juta dan pengadu telah menerima sebanyak RM381,110.

“Berdasarkan perjanjian, suspek bertanggungjawab menguruskan wang jualan untuk tujuan pembayaran kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menyerahkan bakinya kepada pengadu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat



“Bagaimanapun, sehingga kini, suspek didapati gagal berbuat demikian. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ramli berkata, semua peguam wajar memelihara kepentingan anak guam masing-masing,

“Selaku pengamal undang-undang, peguam seharusnya sentiasa bertindak jujur dan berintegriti dalam apa jua tindakan yang dilakukan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata polis membuka lima kertas siasatan berkaitan penipuan pelaburan Skim Pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berlaku di Sabah membabitkan kerugian RM745,685 sejak Januari lalu.



“Melalui siasatan dijalankan, skim ini mula beroperasi sejak 2019 dan menjanjikan pulangan tinggi kepada pelabur kononnya berdasarkan konsep hibah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


“Pulangan ditawarkan adalah RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan dengan tawaran pelaburan ini dibuat secara bersemuka iaitu melalui kenalan serta saudara mara,” katanya.



Menurut beliau, mangsa seterusnya akan diminta mengikuti seminar dan kursus yang diadakan sindiket.

“Setelah yakin dengan skim pelaburan ditawarkan, mangsa akan mula memindahkan wang ke akaun yang diberikan.

“Bagaimanapun, setelah pindahan wang dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan,” katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Mengulas lanjut, Ramli berkata mana-mana individu yang menjadi mangsa skim penipuan itu untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.



“Dalam usaha membanteras kegiatan penipuan pelaburan, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti Portal Semakmule CCID, Alert List Bank Negara Malaysia, dan Suruhanjaya Sekuriti (melalui platform Investment Checker) sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan,” katanya.

Peguam bergelar Datuk tipu urusan jualan tanah RM1.4 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button