Tiga sindiket penipuan diserbu polis, 36 ditahan

Tiga sindiket penipuan diserbu polis, 36 ditahan

Tiga sindiket penipuan diserbu polis, 36 ditahan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan barangan yang dirampas ketika sidang media di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini. – Foto NSTP/Farhan Razak

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan tiga sindiket penipuan dalam serbuan secara berasingan di ibu negara, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kes pertama membabitkan serbuan sindiket penipuan dalam talian pada 19 Mac di sebuah premis kediaman di Segambut yang dipercayai menjalankan aktiviti pusat panggilan penipuan.

Katanya, seramai lima warga tempatan termasuk dua wanita berusia 24 hingga 28 tahun yang berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan ditahan sebelum didakwa pada 22 Mac lalu di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan.



“Polis turut merampas 13 unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, dua unit router, satu set kunci rumah dan sebuah kenderaan jenis Toyota Supra.

“Siasatan mendapati sindiket ini adalah sebahagian daripada ‘unit kewangan’ yang menguruskan akaun-akaun bank ‘mule’ Singapura yang digunakan untuk aktiviti penipuan dalam talian,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat




Beliau berkata, sindiket itu berperanan mendapatkan akaun ‘mule’ atau keldai akaun dari Singapura dan seterusnya memindahkan wang yang dimasukkan ke akaun terbabit ke akaun ‘mule’ yang lain.

Dalam kes berasingan, JSJK berjaya menumpaskan sindiket penipuan perniagaan menerusi serbuan pada 25 Mac di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ramli berkata, seramai 19 individu terdiri empat lelaki dan empat wanita warga tempatan serta enam lelaki dan lima wanita warga China berusia 22 hingga 55 tahun ditahan.

“Serbuan hasil laporan polis diterima daripada seorang lelaki warga Taiwan yang mendakwa ditipu selepas dipelawa rakannya menerusi Wechat pada Januari lalu untuk menyertai skim perniagaan jual beli barangan secara atas talian melalui syarikat ‘Amazon Joint Operation’.



“Mangsa diyakinkan perniagaan itu adalah cawangan syarikat Amazon di Amerika Syarikat dengan keuntungan 10 peratus seminggu daripada jumlah wang yang dilaburkan sebelum melabur sejumlah AS$70,000 (RM331,000) ke dalam akaun e-wallet yang diarahkan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


Namun, kata Ramli, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan.



Dalam satu kes lain, Ramli berkata, pihaknya berjaya menumpas sindiket pusat panggilan penipuan di sebuah premis di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

“Tujuh warga tempatan dan lima warga China berjaya diberkas dengan rampasan empat komputer riba, satu Ipad, tujuh telefon bimbit, satu modem, satu router, satu kad akses rumah dan satu kunci rumah.

“Sindiket yang beroperasi di unit itu lebih kurang sebulan lalu disyaki terbabit dengan penipuan pelaburan secara dalam talian menggunakan platform X dan Discord yang mensasarkan warga China,” katanya.

Tiga sindiket penipuan diserbu polis, 36 ditahan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button