Bomba temui pemandu lori rentung dalam gaung

Bomba temui pemandu lori rentung dalam gaung

Bomba temui pemandu lori rentung dalam gaung
Seorang lelaki rentung apabila lori kontena dipandunya terbakar selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di KM 255 Lebuhraya Utara-Selatan hari ini. – Foto ihsan bomba

SEREMBAN: Seorang lelaki rentung apabila lori kontena dipandunya terbakar selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 255 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kiraa-kira jam 3.15 petang itu, lori dipandu mangsa dikatakan terbabit kemalangan dengan sebuah lagi lori kontena.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Jafri Amat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.20 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Rembau dikejarkan ke lokasi.



“Kebakaran membabitkan sebuah lori membawa muatan kontena kosong susulan daripada kemalangan jalan raya membabitkan dua lori.

“Salah sebuah daripadanya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 10 meter. Terdapat seorang mangsa berusia lingkungan 30-an tersepit dan rentung dikeluarkan pihak bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Bomba temui pemandu lori rentung dalam gaung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



KP umno tidak perlu layan teguran dari SiKitol Kluster Pengkhianat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button