“Mereka tahu bahawa UMNO masih relevan” – Zahid
Oleh – Editor
Dato Seri Zahid Hamidi menyatakan pihak lawan tahu Umno masih relevan dalam politik negara walau dilanda pelbagai kemelut.
Beliau menjawap soalan yang diajukan semasa ditemui dalam Majlis Pengenalan Calon Peringkat Selangor di SACC malam tadi.
“Saya fikir mereka tahu bahawa Umno masih relevan, Umno akan bangkit semula dan Umno mempunyai kekuatan di kalangan ahli-ahlinya”
Mutakhir ini, pemilihan Umno menjadi tumpuan seluruh negara terutama Perikatan Nasional yang begitu meneliti Perlembagaan Umno untuk mencari titik kelemahan pemilihan Umno 2023.
Pengaruh Umno begitu kuat sehinggakan isu pemilihan serta usul yang dibentangkan dalam PAU2022 menjadi intipati ucapan seorang pemimpin kanan PN dalam Parlimen.
Dipercayai apa yang cuba dibangkitkan PN adalah mengikut arahan ‘Broker’ yang masih mencuba pelbagai jalan dan kaedah untuk memastikan Pemilihan Umno 2023 dibatalkan atau setidaknya ditangguhkan.
Ini bagi memberi ruang kepada ROS mengkaji usul yang diluluskan semasa PAU2022.
Beberapa nama telah dikenalpasti sedang menggerakkan pasukan dalam Umno itu sendiri untuk memastikan semua calon yang menyokong ‘Broker’ menang pada pemilihan kali ini.
Perancangan ini adalah bagi membolehkan pindaan dilakukan dengan majoriti dalam MKT Umno.
Mungkin nampak seperti tidak benar, namun khabar telah mula bertiup sudah ada kalangan perwakilan telah menerima panggilan telefon dan temujanji untuk menerima ‘habuan’ bagi memastikan calon ‘Broker’ menang besar pemilihan kali ini.