Penyokong ‘Abah’ berkumpul di Bangunan SPRM

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Penyokong 'Abah' berkumpul di Bangunan SPRM

Penyokong ‘Abah’, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di hadapan Bangunan SPRM, Putrajaya pagi ini bagi memberi sokongan kepada Presiden BERSATU.

Turut kelihatan, Timbalan Presiden BERSATU, Dato Seri Faizal Azumu dan beberapa pemimpin kanan parti itu.

Mereka mula berkumpul sejak jam 9 pagi tadi namun kehadiran penyokong tidaklah seperti dijangkakan. Hanya sekitar 100 orang sahaja yang berada di hadapan bangunan sambil melaungkan sokongan buat Muhyiddin.



Petugas media nampak lebih ramai dari para penyokong BERSATU, manakala ada juga penyokong yang malu-malu kucing dan hanya memerhati dari seberang jalanraya.

Penyokong 'Abah' berkumpul di Bangunan SPRM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker