Foto 2 suspek curi motosikal ditahan dalam reban ayam tular

Foto 2 suspek curi motosikal ditahan dalam reban ayam tular

Foto 2 suspek curi motosikal ditahan dalam reban ayam tular
Nur Dini Khairunisa menunjukkan foto motosikal milik bapanya yang hilang disyaki dicuri 2 lelaki sebelum kedua-dua suspek ditahan dan dimasukkan ke dalam reban ayam sementara menanti ketibaan polis. – Foto ihsan Nur Dini Khairunisa

BUKIT MERTAJAM: “Kes kecurian motosikal bapa saya dah diserah kepada polis, kami tak mahu ia dipanjangkan lagi, mohon semua supaya hantaran mengenainya di media sosial dipadamkan untuk jaga aib pihak sana (suspek).”

Begitu kata Nur Dini Khairunisa Kamal, 25, susulan kejadian kecurian motosikal milik bapanya di Kubang Ulu, di sini, pada Selasa lalu.

Nur Dini berkata, foto kejadian itu yang memaparkan dua lelaki dimasukkan ke dalam reban ayam kerana mencuri motosikal berkenaan, tular di media sosial sejak petang tadi.



“Saya tak tahu siapa tularkan kerana keluarga kami tak simpan foto berkenaan. Kami juga sudah buat laporan di Balai Polis Penanti dan serah kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian itu, Nur Dini berkata, motosikal Yamaha 125z milik bapanya disedari hilang kira-kira jam 6.30 pagi, tetapi berjaya ditemui jam 11.30 pagi hari sama sebelum mereka mengambil semula kenderaan itu di rumah suspek.

“Kami sendiri tak tahu bagaimana dan siapa tahan kedua-dua suspek ke dalam reban ayam berkenaan, saya juga tiada di tempat kejadian kerana berurusan di balai polis.

“Kami amat hargai usaha masyarakat di kejiranan yang menahan suspek tanpa mencederakan mereka, tapi tak perlu lagi foto berkenaan disebarkan untuk jaga aib mereka,” katanya lagi.



Terdahulu, tular dua foto memaparkan dua lelaki ditahan kerana didakwa mencuri motosikal dan mereka dimasukkan ke dalam reban ayam sementara menunggu kedatangan polis.

Presiden Afrika Selatan berdepan pemecatan isu skandal kecurian dan penjualan kerbau

Foto 2 suspek curi motosikal ditahan dalam reban ayam tular

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker