Kesalahan OSA jika Hamzah simpan fail KDN – Hassan Karim

Kuala Lumpur : Ketua pembangkang Hamzah Zainudin mungkin melakukan kesalahan undang-undang jika dia menyimpan sebarang dokumen sensitif sejak menjadi menteri dalam negeri, kata seorang ahli parlimen PKR.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, yang juga seorang peguam, berkata demikian selepas Hamzah mendakwa dia mempunyai “banyak fail”mengenai pemimpin kerajaan semasa dia menjadi menteri.
Hassan berkata fail pejabat menteri adalah harta kerajaan, dan tidak boleh dibawa keluar dari bangunan kerajaan atau disalin dalam apa cara sekalipun.
Selain itu, katanya, menteri juga terikat dengan sumpah jawatan untuk menjaga rahsia, semasa melafazkan taat setia mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
“Kenyataan Hamzah itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi dan sumpah rahsia,” kata Ahli Parlimen PKR itu kepada Malaysiakini
Hamzah Zainudin mendedahkan aksesnya kepada dokumen sedemikian semasa wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, yang diterbitkan semalam.
“Jangan cari salah saja. Saya boleh cari salah mereka.
“Saya pernah jadi menteri dalam negeri. Saya rasa saya ada banyak fail berkenaan mereka juga, (terpulang) sama ada saya nak gunakannya atau tidak,” kata Hamzah semasa mengulas dakwaan penganiayaan politik oleh kerajaan.
Beberapa pemimpin dari partnya, Bersatu – termasuk presidennya Muhyiddin Yassin – baru-baru ini didakwa atas tuduhan rasuah.
Menurut Hamzah, semua pertuduhan itu bermotifkan politik.
Sumber : Malaysiakini, MyNetizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker