Mayat lelaki tersangkut di sangkar ikan

Georgetown: Mayat lelaki ditemukan tersangkut pada sangkar ikan berhampiran Pulau Jerejak, di sini, pada 4.25 petang semalam.

Lelaki berusia 55 tahun dari Bukit Mertajam, disahkan sebagai individu yang dipercayai terjatuh di Kilometer (KM) 5.2 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, jam 3.35 petang, kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, identiti lelaki itu disahkan polis berdasarkan pakaiannya sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.



“Berikutan penemuan mayat berkenaan, operasi ditamatkan pada 5.50 petang,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button