Memalukan , apabila Parti Bersatu kekalkan Perasuah dan Kluster mahkamah terus jadi Presiden, memang tidak ada ‘standard’.
Oleh Adam Malik
“(Keputusan itu) bukan kerana kita mengatakan dia sudah bersalah atau tidak, tetapi (sebagai) satu set standard yang ingin kita tunjukkan bahawa kerana (apabila) beliau berhadapan dengan pertuduhan (mahkamah) supaya tidak timbul apa-apa salah pandangan terhadap Bersatu,”- Muhyiddin Yassin
Sebenar nya apabila himpunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat ketetapan mengekekalkan seorang yang berstatus Kluster Mahkamah dan menunggu kes rasuah dan AMLA nya ia itu Muhyiddin Yassin ia bukan perkara luar biasa pun.
Namun, akibat Bersatu suka menjaga kain parti UMNO dan hal ehwal UMNO, maka apabila ketetapan dibuat mahu kekalkan orang menunggu kes rasuah terus menjadi pemimpin, ia sangat memalukan dan memualkan.
Ia umpama cakap tidak serupa bikin.
Cuma Parti Bersatu agak bernasib baik kerana dari kalangan ahli mereka tidak ada Kluster Broker yang membenci Presiden sendiri.
Jika Bersatu menjadi seperti UMNO dimana Bersatu dapat peralatkan ahli dan pemimpin UMNO yang dipercayai ada ‘file’ maka pasti parti Bersatu dan Muhyiddin Yassin akan terus musnah dan hancur.
Mungkin perkataan dan definasi “Kifarah” kini amat tepat dikembalikan kepada Muhyiddn Yassin dan ahli Bersatu.
Tanpa segan dan silu Parti Bersatu terus mengekalkan Kluster mahkamah sebagai Presiden mereka.
Umpama meludah muka sendiri kerana itu lah ejekan yang diberi kepada UMNO.
Cuma UMNO lebih mulia kerana kes yang dikenakan terhadap pemimpn UMNO seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi sudah melalui perbicaraan dan telah terlihat terlalu banyak kepincangan dan kecelaruan.
Pada awal awal surat pertuduhan terhadap Muhyiddin dan Wan Sayful sudah cukup terlihat elemen elemen yang akibatkan Najib Razak dipenjara semua ada kepada dua kes mereka ini.
Malah lebih teruk lagi kerana ada saksi mengaku dan tiada saksi lari seperti kes Najib tambah lagi wang sudah pun dibukitkan ada dalam akaun.
Ketika kes Najib digulung, Hakim tidak menyebut berkenaan ada bukti malah tidak bincang 40 lebih bukti dari pihak pembela.
Kembali kepada tajuk, secara nyata parti Bersatu seolah olah tiada moral kerana konon konon Ketika Wan Sayful undur diri, Muhyiddin yang masih beretorik cara ahli politik lapuk seperti Tun Mahathir ,menyatakan parti Bersatu ada ‘standard’ nya sendiri, hatta Wan Sayful perlu meletak jawatan.
Kini, ternyata kata kata itu sekadar mainan persepsi sahaja.
Sebelum pun perhimpunan membuat keputusan mengekal Muhyiddin pun semua pihak sudah menjangkakan keputusan.
Sebenar nya ia perakra biasa sahaja, jika Bersatu tidak mencemuh UMNO, tetapi apabila mencemuh UMNO dan Zahid, kemudian Bersatu buat benda sama , itu lah yang menjijikan .