‘(Sudah) dibacakan pertuduhan yang ketujuh…’

Shah Alam: “(Sudah) dibacakan pertuduhan yang ketujuh dan saya sudah nyatakan saya tidak bersalah dan mohon supaya kes ini dibicarakan.

“Yang keduanya, (mahkamah) bersetuju untuk dipindahkan kes saya ini ke Mahkamah Kuala Lumpur dan nanti akan ditetapkan tarikh untuk perbicaraan. Itu sahaja”.

Demikian ucapan ringkas bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media di lobi Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.

Ini bermakna semua tujuh pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di kompleks berkenaan dengan ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, jam 8.20 pagi.

Turut dilihat hadir memberi sokongan, beberapa pimpinan parti antaranya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Setakat ini, penyokong yang hadir tidak dibenarkan memasuki kompleks mahkamah dan hanya dibenarkan berkumpul di hadapan pagar.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker