Pelancong Dipeluk & Diraba Bergilir-Gilir Ketika Sambut Festival Holi

Diraikan pada setiap 8 Mac, perayaan Holi antara sambutan penting bagi penganut Hindu di India.

Menerusi laporan The Sun Daily, seorang wanita dari Jepun telah menjadi mangsa buli dan dikasari sekumpulan lelaki di negara berkenaan tatkala sambutan perayaan itu berlangsung.

Raba dan pecahkan telur

Menerusi sebuah rakaman video di Twitter, kumpulan lelaki tersebut dilihat bergilir-gilir melumur pewarna terhadap pelancong wanita itu. Lebih teruk, mereka turut meraba dan memecahkan telur di kepala wanita malang berkenaan.

Kejadian yang berlaku di daerah Paharganj, India itu telah mencetuskan kemarahan rakyat negara tersebut sehingga mendapat perhatian aktivis wanita Delhi iaitu Swati Maliwal yang menganggap insiden ini sebagai serius.



Video memalukan ini viral di media sosial dan menunjukkan gangguan seksual yang dialami oleh pelancong ketika perayaan holi. Saya mengeluarkan notis kepada pihak polis Delhi untuk memeriksa video ini dan menangkap pelakunya.

Sumber: The Sun Daily

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker