Pondan Panjat Tiang & Tayang Payudara Ditangkap Polis

Seorang wanita transgender ditangkap oleh pihak polis apabila dia berkelakuan tidak senonoh dengan memanjat tiang di hadapan balai polis dan mendedahkan payudaranya.

Mencari keadilan

Pihak polis berkata wanita transgender tersebut telah memanjat tiang setinggi 1.5 meter di hadapan Balai Polis Mueang Pattaya, Thailand.

Kejadian yang berlaku pada tengah malam itu menyaksikan seorang wanita transgender berdiri di atas tiang dengan mendedahkan payudaranya sambil menjerit-jerit ke arah anggota polis, warga tempatan dan pelancong asing yang lalu lalang disitu.



Rata-rata ramai yang merakam aksi tidak senonohnya, manakala ada juga yang cuba memujuk supaya turun kerana aksinya berbahaya dan memalukan. Namun dia tidak mempedulikan pujukan malah melemparkan kata-kata kesat kepada mereka yang ingin membantunya.

Walau bagaimanapun, beberapa orang anggota polis telah bertindak dengan menarik kakinya dan dia berjaya dibawa masuk ke balai untuk disoal siasat. Pihak polis kemudian mengesahkan dia sebelum ini pernah ditangkap kerana mencuri dan sedang mengalami masalah mental.

Wanita transgender itu memberi keterangan bahawa dia mencari keadilan terhadap pertuduhan kes kecurian tersebut dengan mendakwa bahawa dia tidak pernah mencuri. Difahamkan motif dia memanjat tiang di hadapan balai polis adalah untuk mencari keadilan.

Susulan itu, pihak berkuasa cuba untuk menenangkannya dan menghubungi keluarga untuk menjemputnya. Bagaimanapun tiada pertuduhan dikeluarkan terhadapnya.



Sumber: Thaiger

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button