SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Ramai kalangan rakyat terkejut apabila mengetahui Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia memanggil bekas Menteri kewangan era Tun Mahathir untuk memberi keterangan berkenaan laporan media luarnegara berkenaan kekayaan luarbiasa Tun Daim dan keluarganya.

Ini berikutan laporan media luar berkenaan PANDORA Papers yang menyaksikan nama Bekas Meneri Kewangan itu turut tersenarai dengan jumlah ratusan billion.

Nama nama lain  turut ada tersenarai namun tidak berjumlah sebegitu banyak.

Apabila berita bahawa kawan rapat Tun Mahathir ini dipanggil oleh SPRM, ramai juga rakyat yang bergembira dan seolah olah berpuas hati.



Walaupun diragui akan ada apa apa dakwaan susulan namun sudah cukup untuk membuat rakyat rasa gembira.

Sememang sudah lama nama Daim diceritakan sebagai miliki kekayaan luar biasa bahkan ada memiliki rangkaian banyak bank diluar negara terutama dinegara Afrika.

Ada juga yang menyatakan kekayaan itu juga ada lah hasil tumpang dan kongsian bersama Tun Mahathir Ketika dahulu lagi.

Namun, ia sekadar bualan mukut sahaja dan tiada bukti konkrit.



Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri banyak wang telah beralih dari kantong kerajaan kepada syarikat kroni melalui ‘bailout’ dan projek projek.

Apapun belum pernah dibuktikan kesemua perkara itu.

Banyak juga terjadi keraguan apabila anak anak Mahathir mampu membeli syarikat besar dan timbul pertanyaan dari mana pula datang modal besar itu.

Apapun berbalik kepada topik diatas , adakah SPRM menyiasat dan akan mendedahkan kekayaan luarbiasa Tun  Daim dan menyebarkan hasil siasatan sama ada benar wang milik Daim datang dari perniagaan sahih atau ada urusan ‘hanky panky” dan babit wang negara terutama nya wang Forex Bank Negara?

Sebenar nya ‘spat’ antara Anwar-Daim sudah lama terjadi dan berlarutan.

Anwar sangat mengesyaki ada sesuatu tidak betul terhadap kekayaan Daim dan Tun Mahathir.

Anwar pernah beri kenyataan beliau memaafkan Tun Mahathir tetapi tidak meaafkan Tun Daim.

Mahathir dan Daim tahu akan hal ini dan memastikan Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri selama lama nya.

Namun, akhir nya apabila suasana berubah pada keputusan PRU15 dan UMNO memilih untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan dalam kerajaan Perpaduan , maka kombinasi PH/BN tidak dapat dielak kan lalu kedua dua individu yang menjadi mangsa politik Tun Mahathir, ia itu Anwar dan Zahid tiba tiba mendapat kuasa pula.

Kini, berhadapan lah Mahathir dan Daim pada apa yang mereka sangat takuti dan cuba halang selama ini.

Persoalan, adakah SPRM akan dedah kekayaan luarbiasa Daim dan Tun Mahathir untuk tontonan rakyat Malaysia?

Sama sama lah kita tunggu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker