Mudah untuk PN kosongkan kerusi selepas ini

Oleh – Syeikh Baran


Mudah untuk PN kosongkan kerusi selepas ini
Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Enam Ahli Parlimen BERSATU yang berpaling tadah dengan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu bersedia berhadapan tindakan menjelang pindaan perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung Khas, 2 Mac ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata mereka tetap akan tertakluk kepada pindaan perlembagaan parti kerana masih ahli parti walaupun pindaan dibuat selepas sokongan terbuka dibuat.



Beliau ditanya kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang menyatakan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri tidak terkesan dengan pindaan perlembagaan bakal dilakukan parti itu.

Mohd Azizi mendakwa pindaan itu parti tidak boleh membuat tindakan kerana perlembagaan diubah selepas beliau membuat keputusan menyokong Anwar.

Beliau juga mendakwa pindaan itu tidak akan menghalang dia daripada terus berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Mudah untuk PN kosongkan kerusi



Wan Ahmad Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, keputusan perhimpunan agung khas itu nanti dijangka memudahkan Perikatan Nasional (PN) mendapat semua kerusi Parlimen dan DUN yang kini disandang Mohd Azizi.

“Mudah untuk kita kosongkan kerusi,” katanya.

Ditanya sama ada pindaan perlembagaan parti itu nanti akan menyebabkan kerusi enam Ahli Parlimen dikosongkan, katanya beliau tidak boleh menjelaskan mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh jelaskan, …kita kena tunggu Perhimpunan khas untuk pinda perlembagaan parti,” katanya.



Mengulas isu sama, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris menjelaskan pindaan perlembagaan parti itu nanti akan terpakai kepada enam Ahli Parlimen itu kerana mereka mendakwa masih Ahli BERSATU.

Katanya, beliau yakin enam Ahli Parlimen yang sudah menyatakan sokongan kepada Anwar, tidak akan berani untuk melepaskan jawatan kerana masing-masing bimbang kehilangan kerusi sekiranya diadakan pilihan raya kecil (PRK).

“Di pihak BERSATU, parti itu sememangnya bersedia sekiranya enam kerusi berkenaan dikosongkan dan diadakan semula pilihan raya,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading