Osimhen cemerlang bantu Napoli ke suku akhir

NAPLES, Itali: Victor Osimhen berkata Napoli mengimpikan kegemilangan Liga Juara-Juara selepas dua gol dijaringkannya membawa pendahulu Serie A itu mencipta kemenangan 3-0 mengatasi Eintracht Frankfurt dan ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Penyerang Nigeria, Osimhen meledak pada kedua-dua babak bagi memastikan mereka tidak buntu di Naples seterusnya menang dengan agregat 5-0.

Piotr Zielinski menambah gol ketiga buat Napoli hasil sepakan penalti pada malam yang sempurna di kelab terbesar selatan Itali yang Osimhen percaya mampu pergi lebih jauh.

“Ia menakjub

“Kami akan terus memburu impian, kami ada skuad yang boleh melakukannya (menang Liga Juara-Juara). Saya rasa kami berada di landasan yang betul. Kami ada jurulatih yang hebat. Kami akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini, saya rasa kami ada peluang yang bagus.”

Skuad kendalian Luciano Spalletti itu semakin hampir mengesahkan gelaran Serie A pertama dalam tiga dekad dan musim mereka bertambah baik selepas berjaya ke undian kelompok lapan terbaik kejohanan elit Eropah itu Jumaat ini.

Kejayaan mereka pada aksi domestik dan Eropah dibantu prestasi cemerlang Osimhen, yang kini sudah meledak 23 kali dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun Spalletti tidak terlalu teruja mengenai peluang Napoli berbanding Osimhen, apabila membalas dengan pendek “tidak” apabila ditanya jika dia gembira apabila Pep Guardiola berkata pasukannya adalah yang terbaik di Eropah.

“Dalam permainan yang orang lain akan memberikan tekanan terhadap pasukan lain, ia adalah permainan yang semua orang tahu ketika ini,” kata Spalletti.

Eintracht beraksi tanpa penyerang Perancis yang digantung perlawanan, Randal Kolo Muani selepas dibuang padang pada aksi pertama dan kelab Bundesliga itu gagal menandingi Napoli.

Khvicha Kvaratskhelia hampir menjaringkan gol hebat keduanya dalam masa kurang seminggu pada minit ke-19 tetapi dinafikan Kevin Trapp.

Bagaimanapun Trapp tidak dapat menyekat Osimhen daripada meletakkan Napoli di depan tidak lama selepas itu menerusi tandukan hasil hantaran Matteo Politano.

Dan Osimhen meledak sekali lagi tujuh minit kemudian dengan penyudah mudah apabila menampan hantaran leret Giovanni Di Lorenzo.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker