F1: Ferrari hadapi ancaman besar

F1: Ferrari hadapi ancaman besar

F1: Ferrari hadapi ancaman besar
FERRARI berdepan kehilangan ramai tenaga pakar mereka yang dikatakan mahu bersama Mekies menyertai AlphaTauri. – AFP

LONDON – Ferrari berdepan ancaman dalam persiapan mereka menghadapi perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2024 selepas beberapa tenaga pakar pasukan yang berpangkalan di Maranello, Itali itu akan menyertai AlphaTauri.

Ketibaan bekas penolong pasukan Ferrari, Laurent Mekies yang kini memimpin AlphaTauri menyebabkan beberapa kru pasukan Ferrari dikatakan telah berpaling arah.

Mekies yang telah menggantikan Franz Tost sebagai ketua pasukan AlphaTauri bagi musim 2024, berpindah ke Faenza selepas lima tahun berkhidmat di Ferrari sebagai pengarah perlumbaan dan juga pembantu kepada Fred Vasseur.



Antara yang dikatakan bersedia untuk menyertai Mekies ialah Ketua Akademi Pemandu Ferrari, Marco Matassa yang juga sedang memujuk beberapa individu lain untuk bersamanya.

Menurut laporan Corriere dello Sport, Mekies mempunyai kemampuan untuk memujuk lebih ramai kru pasukan Ferrari bersamanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai




“Mekies bukan sahaja mempunyai gambaran keseluruhan pasukan Ferrari, malah mempunyai kesemua nombor telefon kru pasukan.

“Keadaan tersebut mencetuskan kebimbangan bahawa dia (Mekies) masih boleh memujuk lebih ramai kru pasukan Ferrari untuk mengikutinya.

“Kebimbangan itu semakin memuncak memandangkan Ferrari dan AlphaTauri adalah satu-satunya pasukan yang berpangkalan di Itali dan memudahkan Mekies untuk meyakinkan kru Ferrari menyertai mereka,” kata laporan tersebut.

Berita pemergian Matassa juga menyebabkan Ferrari dikatakan akan membawa masuk 80 kakitangan baharu dan separuh dari angka itu untuk menggantikan mereka yang meletak jawatan. – AGENSI



F1: Ferrari hadapi ancaman besar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button