Delegasi Qatar lawat United

LONDON: Wakil daripada bank Qatar dilaporkan berkunjung ke Manchester United semalam ketika pertarungan bagi membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semakin hangat.

Pemilik United, keluarga Glazer mengumumkan pada November bahawa mereka sedang memikirkan untuk menjual kelab berkenaan.

Ahli perniagaan Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dan jutawan British, Jim Ratcliffe, pengasas syarikat kimia INEOS masing-masing sudah membuat tawaran bagi membeli United.

Kedua-dua pencabar itu dijemput melawat United minggu ini walaupun Sheikh Jassim tidak ke Manchester dengan dia menghantar delegasi yang diberikan penerangan dekat Old Trafford dan mengadakan perbincangan di pusat latihan kelab di Carrington.

Difahamkan Shahzad Shahbaz, Presiden kepada syarikat milik Sheikh Jassim, Yayasan Nine Two hadir bersama penasihat bank Qatar, Fady Bakhos.

Sam Powers dan Yasir Shah dari Bank of America juga menjadi sebahagian daripada delegasi bersama peguam dari Macfarlanes dan pakar hartanah.

Ada lagi hari untuk penerangan dan jelajah di United hari ini dengan peminat United sejak kecil, Ratcliffe akan terbang dari Nice, bandar dia memiliki kelab Ligue 1.

Pemilik bersama INEOS, Andy Currie dan John Reece dijangka menyertainya di Manchester bersama Pengerusi Sukan INEOS, Rob Nevin dan Ketua Eksekutif, Jean Claude Blanc.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker